Qada dan Qadar adalah ketentuan Yang Maha Esa. Percayalah dan terimalah rezeki dari Nya, dugaan dari Nya serta bersyukur. Alhamdullilah, 1hb Disember bersama dua sahabat baik Azhan dan Zainal (panggilan mesra Atan) telah menemankan ku untuk mendaftar ke UMRAH pada tanggal 1hb Mei 2012. Insyallah. Moga murah rezeki dan diberi peluang menjadi tamuNya.
Sebelum mendaftar dengan Rakyat Travel, Hj Wan pengurusnya sempat berkongsi pengalamannya selaku pengiring Haji dan Umrah. MasyAllah banyak sungguh cerita yang cukup menarik ketika berada di Tanah Suci. Hati makin berdebar dan berasa amat seronok.
Pendaftaran dan bayaran pendahuluan pun dibuat bagi Alfian dan Jazraini. Alhamdullillah selesai. Apabila giliran Atan, ingatkan nak daftar untuk dia dan isterinya sahaja. Tiba-tiba dia daftar untuk 6 orang lagi saudara-maranya. Alhamdullilah bertambahlah rombongan kami. Azhan yang tak ada niat untuk turut serta tiba-tiba nampak beriya-iya nak join. MasyAllah besar sungguh hidayah Mu terhadap umat Mu. Kalau Azhan ikut sama lagi seronok. Semua sahabat baik ikut serta.
Selesai daftar, Hj Wan menyerahkan beg, buku dan hadiah dari Rakyat Travel. Sungguh tak sangka terus dapat pada hari pendaftaran. Lagilah berkobar dalam dada. Rasa macam nak pi esok jugak.
Dalam perjalanan pulang, aku call cikgu Asrul (babol panggilan kami) dan bagitau hal Umrah. Dia pun nampaknya berminat. InsyAllah, moga dia pun turut serta. Lagilah seronok, semua dalam group akan pertama kali menjadi tamuNya.
Sebelah petang, bekerja seperti biasa. Tiba-tiba isteriku, menghantar MMS. Alhamdullilah khabar gembira lagi. Dia dapat surat kenaikan pangkat. Sudah lama kami berdua memang menantikan khabar ini. Tahniah, sayang! Pada masa ni amatlah terasa kecil diri, insaf dan bersyukur yang tidak terhingga. Besar sungguh Fadilat Mu ya Allah. Pagi daftar Umrah, petang dah ditambahkan rezeki. Memang tepat pun kalau nak kata balasan Tuhan sememangnya 'Cash' atau serta-merta.
Malam itu, aku belek-belek buku yang diberi Rakyat Travel. Dari penghayatan Insyallah tak susah rasanya untuk buat Umrah. Cuma perlu jaga Rukun, Ihram dan perbanyakkan ibadah. Insyallah. Sekitar jam 11 malam, habis sudah dibaca buku panduan. Isteriku kata semangat sungguh aku nak buat Umrah. Alhamdullilah. Lepas tu apa lagi dengan terrornya aku pun bagi penerangan ringkas padanya tentang Umrah. Hahahaha... macam ustat pulak.
Moga ibadahku, doaku dan matiku diterima Allah subahan hu wata ala.. Insyallah....