Kenapa kena mendaftar untuk mengundi. Bukankah Hak kita untuk mengundi. Kenapa mesti daftar baru dapat Hak. Pelik kan.
Kalau cukup umur 21 mesti Jabatan Pendaftaran Negara dah tau, dah ada dalam data bank. Waktu isi borang pun dah ada ruangan untuk umur, tarikh lahir, alamat dan bermacam lagi. Malahan alamat dah di diasingkan ruang nombor rumah, nama jalan, daerah dan negeri.
Apa susahnya bawak satu Thumb Drive yang BESAQ. Download semua data dari Jabatan Pendaftaran Negara, cabut thumb drive (tapi sebelum tu kena tungga 'it is now safe to remove') Bawak pi Suruhanjaya Pilihanraya, cocok kat komputer depa. Upload semua data tu. Itu cakap orang yang tak pandai komputer macam saya.
Tak payah dah buang masa pi daftar kat SPR. Baru nama E-Government! Baru takdak IC Palsu, Bangla boleh mengundi, Pengundi Hantu dan bermacam lagi.
Duit boleh belanja berjuta untuk benda lain, rasanya mana-mana syarikat IT pun boleh buat program untuk ni. Pokoknya wang!
Selasa, 27 September 2011
fikirkan...... vol 1/11
Bila menyebut Ayah mesti pasangannya Ibu. Mama mesti Papa. Agak janggal kalau dipadankan Papa dan Ibu. Begitu juga Raja dan Rakyat, Pemimpin dan Masyarakat, Majikan dan Pekerja.
Tapi kenapa Pemimpin sering membahasakan Masyarakat sebagai 'Rakyat'. Adakah pemimpin yang ada sekarang dah mencapai tahap Raja. Sehinggakan ada slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Malahan yang menentang pun berpakat menjadi 'Pakatan Rakyat'. Mungkinkah yang ditentang itu Raja.
Betulkah istilah 'Rakyat' yang digunakan kena pada tempat dan oleh orang yang menyebutnya. Tiada seorang pun Pakar Bahasa yang pernah mengutarakan persoalan ini.
Namun kalaupun nak diubah sudah jauh terlambat. Malah kos penggubahan pun akan melibatkan jutaan Ringgit. Mana tidaknya, nak ubah nama Bank Rakyat, Majlis Amanah Rakyat, Pakatan Rakyat dan bermacam-macam yang berRakyat.

macamna yek?? Biarlah ....
Ahad, 25 September 2011
1... 2... 3... testing....
Alhamdullilah... with my beautiful wife by my side, i have manage to create this blog...
Langgan:
Catatan (Atom)