
Memang selepas habis universiti cukup payah nak habiskan sebuah buku. Kalau boleh habiskan pun ambik masa yang cukup panjang. Macam-macam alasan, takdak masa, malas, cepat mengantuk dan bermacam lagi.
Sampai satu masa, orangrumah bawak balik sebuah buku. Kulitnya tak menarik langsung. Biasa. Tajuk pulak pelik, masih nampak biasa. Takdak yang menarik pasai buku ni. Tapi orangrumah cakap buku ni Best Seller sekarang. Pelik. Tajuknya "Travelog Haji" pengarangnya plak Muhd Kamil Ibrahim. Tak kenai pun.
So, aku pun pelan-pelan baca. Macam biasa, baca 2-3 helai dah mula boring. Tapi sebab bahasa senang baca, gagah jugak. Lama-lama makin best. Lagi dibaca lagi nak tau. Rupanya kisah Haji oleh pengarangnya. Banyak pengajaran yang dapat. Menarik plak.
Tak sampai dua hari dah habis. Rasa tak puas baca, macam nak baca lagi. Rupanya best buku ni. Jadik insaf plak. Maka terdetik dalam hati nak jadi insan yang lebih baik. Mungkin ini Hidayah kot. Kalau ia, Alhamdullilah.
Lepas tu aku pi kedai, beli senaskah. Aku hadiahkan kepada abah dan mama. Depa baca, sama jugak. Depa pun rasa seronok baca buku ni. Alhamdullilah.
Semoga Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim yang sekarang berada di Madinah beroleh ketenangan dan dilimpah rahmat oleh Nya. Dakwah anda melalui tulisan Travelog Haji, memang menyentuh hati banyak insan.


