Selasa, 27 September 2011

fikirkan ..... vol 2/11

Kenapa kena mendaftar untuk mengundi. Bukankah Hak kita untuk mengundi. Kenapa mesti daftar baru dapat Hak. Pelik kan.

Kalau cukup umur 21 mesti Jabatan Pendaftaran Negara dah tau, dah ada dalam data bank. Waktu isi borang pun dah ada ruangan untuk umur, tarikh lahir, alamat dan bermacam lagi. Malahan alamat dah di diasingkan ruang nombor rumah, nama jalan, daerah dan negeri.

Apa susahnya bawak satu Thumb Drive yang BESAQ. Download semua data dari Jabatan Pendaftaran Negara, cabut thumb drive (tapi sebelum tu kena tungga 'it is now safe to remove') Bawak pi Suruhanjaya Pilihanraya, cocok kat komputer depa. Upload semua data tu. Itu cakap orang yang tak pandai komputer macam saya.

Tak payah dah buang masa pi daftar kat SPR. Baru nama E-Government! Baru takdak IC Palsu, Bangla boleh mengundi, Pengundi Hantu dan bermacam lagi.

Duit boleh belanja berjuta untuk benda lain, rasanya mana-mana syarikat IT pun boleh buat program untuk ni. Pokoknya wang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan